Alhamdulilah Tasnim telah sihat dari Demam Kuning. Setelah bertarung selama sebulan lebih baru keadaan Tasnim pulih. Pelbagai ikhtihar telah dijalankan antaranya ubat hospital - di bawah sinaran lampu ultra sound selama 4 hari 3 malam di Hospital Melaka serta berulang alik ke Hospital Jasin untuk memantau bacaan kunung Tasnim, ubat Homopathy - 3 jenis ubat rawatan untuk seminggu - ubat seperti biji mata ikan yang dilarutkan dengan susu, susu kamping - minum masuk dalam botol susu, mandi daun Dukong Anak Merah/Kuning, mandi Ubat Sei-sei - warna kekuning2an pagi dan petang selama seminggu dan akhirnya jemur Tasnim di bawah sinaran matahari jam 9.30 pagi -10.30 pagi.
Usaha yang tidak pernah jemu akhirnya membawa kejayaan. Tapi menurut pandangan ibu, yang paling berkesan adalah menjemurkan Tasnim di sinaran matahari antara jam 9.30 pagi - 10.30 pagi bagi memulihkan semula keadaan badan Tasnim yang suka tidur dan kurang menyusu.
Tasnim bersama nenek tersayang
Close up
Inilah dia gambar Tasnim masa usia 2 bulan :-D
Cuba teka...rupa sapa Tasnim nie? :->
Kenapa Menangis nie? Nenenk tolong ibu jaga Tasnim....:-O :-O
Bulatnya mata Tasnim :-D
Ikhlas dari,
Ibu Saiyidah Salsabila & Ahmad Tasnim
20 Julai 2007, 1.10 petang